EKONOMI › BERITA






Industri GBS Dijangka Catat Pertumbuhan Lebih Kukuh Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) tempatan dijangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh tahun ini sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi berkelas dunia dan berasaskan nilai tinggi untuk perkhidmatan penyumberan luar melalui langkah disruptif.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Outsourcing Malaysia (OM) berkata, pertumbuhan yang diunjur itu disokong pelbagai faktor, antaranya termasuk peningkatan tekanan terhadap syarikat global untuk mengurangkan kos susulan daripada penyederhanaan ekonomi.

Di samping itu, insentif menarik dan infrastruktur dalam sektor GBS tempatan, serta kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan pelbagai perkembangan geo-politik turut berpotensi mendorong syarikat memindahkan operasi GBS sedia ada ke Malaysia.....