EKONOMI › BERITA






Outsourcing Malaysia Saran Kerajaan Biaya Inisiatif Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk menyediakan peruntukan bagi inisiatif pembangunan bakat dengan universiti tempatan dalam usaha mengukuhkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Malaysia.

Outsourcing Malaysia (OM), cabang Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia, berpendapat GBS yang menjadi pemacu baharu perniagaan dan pelaburan Malaysia, berdepan kekurangan bakat dan boleh menjejaskan potensi negara menjadi penggiat di peringkat global.

Pengerusi OM Cheah Kok Hoong yang memetik Laporan Kaji Selidik Tenaga Buruh 2014 Jabatan Perangkaan Malaysia, berkata 31 peratus atau kira-kira 130,000 pekerja yang menganggur di Malaysia, memiliki pendidikan asas.....