EKONOMI › BERITA






Sektor GBS Malaysia Tambah 6,000 Pekerjaan Pada 2016

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) Malaysia bersedia untuk menambah 6,000 pekerjaan tahun ini, berdasarkan kepada daya tahannya terhadap persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Ketua Strategi dan Perancangan bagi Perkhidmatan Perniagaan Global Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Nik Izuddin Nik Mohd Yusof berkata sektor GSB mencatatkan 86,801 pekerjaan pada 2015.

"Kita tidak menyaksikan kelembapan ketara (dalam industri GBS). Ia masih menggalakkan. Kita berharap dapat mencapainya dalam tahun ini," katanya kepada Bernama.....