EKONOMI › BERITA






Sektor Perkhidmatan Perniagaan Dijangka Saksikan Prospek Cerah, Pertumbuhan Kukuh

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) akan terus menyaksikan prospek baik dan pertumbuhan yang kukuh, kata Outsourcing Malaysia (OM).

Dalam satu kenyataan Selasa, OM, sebuah bahagian dalam Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM), berkata ini dibuktikan menerusi aliran berterusan pelaburan langsung asing dan pertumbuhan progresif dalam sektor GBS tempatan.

"Pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN dan unjuran pertumbuhan permintaan global bagi perkhidmatan GBS juga memberi petunjuk kukuh akan pertumbuhan pada 2016.....