EKONOMI › BERITA






Pendapatan Industri GBS Malaysia Dijangka Capai US$3.4 Bilion Pada 2017

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Industri perkhidmatan perniagaan global (GBS) Malaysia dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 15 peratus dengan pendapatan mencecah US$3.4 bilion pada 2017 berbanding US$1.7 bilion pada 2012.

Industri GBS, sebelum ini dikenali sebagai industri perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO), akan dipacu oleh kemampuan berterusan negara menyediakan penjimatan kos untuk pembeli dan keupayaan memenuhi pasaran global.

Memandangkan Asia Pasifik menguasai 36 peratus industri itu daripada jumlah keseluruhan global US$670 bilion, terdapat peluang untuk Malaysia berkembang, kata Pengerusi Outsourcing Malaysia (OM), David Wong Nan Fay, Khamis.....