EKONOMI › BERITA






Biosis Bangunkan Pembaharuan Peranti Perubatan, Taman Inovasi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Biosis Development Sdn Bhd (BDSB), anak syarikat milik penuh Biosis Group Bhd, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan YBU Holdings Sdn Bhd (YBUH) bagi usaha sama untuk membangunkan dan mengendalikan pembaharuan peranti perubatan yang pertama dan taman inovasi di Asia Tenggara.

Di bawah MoU, kedua-dua entiti bersetuju untuk bekerjasama dengan menggunakan gabungan kepakaran mereka dan memanfaatkan sumber masing-masing untuk mewujudkan dan membangunkan cadangan Taman Inovasi Teknologi Perubatan dan Kesihatan di Perak, terletak di tapak seluas 18.28 hektar di daerah Larut dan Matang.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Biosis berkata perjanjian itu dijangka meningkatkan pendapatan dan perolehan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2016.....