EKONOMI › BERITA






Teknologi Beri Impak Besar Ke Atas Pasaran Kewangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Teknologi kini mula memberi impak besar ke atas pasaran kewangan dengan pendigitalan dan pembangunan inovasi kewangan kini mengambil tempat dalam pasaran, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Ranjit Ajit Singh.

Beliau berkata perkembangan ini menyediakan ruang yang lebih luas dalam pasaran dan mengubah saluran tradisi, sekali gus membolehkan pelabur memperoleh manfaat daripada akses yang lebih luas selain penjimatan kos.

"Dalam pasaran pesat membangun dengan struktur legasi tidak wujud, teknologi melonjakkan kebanyakan pasaran ini untuk menguasai teknologi dan media digital secara lebih pantas," katanya.....