EKONOMI › BERITA






FSPB Keluarkan Draf Pendedahan Pertama Mengenai Kod Etika

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB) telah mengeluarkan Draf Pendedahan pertamanya mengenai cadangan Kod Etika bagi Industri Perkhidmatan Kewangan yang menggariskan satu set lima prinsip asas yang luas termasuk profesionalisme dan integriti.

FSPB dalam satu kenyataan, berkata ia juga memasukkan keadilan, kerahsiaan dan objektiviti dan ia perlu diikuti oleh institusi dan individu dalam industri perkhidmatan kewangan (FSI).

Draf pendedahan tersebut yang merupakan langkah pertama FSPB dalam membangunan satu set prinsip etika, akan dibuka untuk ulasan sehingga 6 Julai 2015.....