EKONOMI › BERITA






AFMGM+3 Ke-18 Tegaskan Komitmen Perkukuh Ekonomi Rantau

Daripada Azizul Ahmad

BAKU (Azerbaijan), 3 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Campur Tiga (AFMGM+3) yang berakhir hari ini menegaskan komitmennya memperkukuh persekitaran ekonomi dan respons kepada kejutan luaran rantau menerusi kerjasama kewangan serantau.

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN, China, Jepun dan Korea itu berlangsung di sini dengan dipengerusikan secara bersama oleh Malaysia dan Korea Selatan.

Malaysia dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN diwakili Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah manakala Korea Selatan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Strategi dan Kewangan Dr Kyunghwan Choi.....