EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- SME Corp telah berjaya mencatat jualan dan pemadanan perniagaan bernilai RM195 juta pada hari pertama Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017).


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Anak syarikat insurans dan takaful Malayan Banking Bhd, Etiqa Insurance Bhd, akan bekerjasama dengan Maxis Bhd bagi menawarkan program insurans komprehensif berasaskan kepada penggunaan (UBI) untuk pelanggan-pelanggan mereka.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memandang serius diskriminasi sekatan eksport minyak sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU).


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan syarikat utiliti milik Indonesia, PT PLN (Persero) (PLN), akan bersama-sama membangun loji janakuasa berkuasa arang batu 2x200 megawatt di Kalimantan, Indonesia.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan sekiranya peningkatan harga minyak memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Penyelidik dan pakar dalam industri bioteknologi perlu meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang akan membawa kepada penemuan baru dan boleh diterjemahkan kepada inovasi.


SEREMBAN, 15 Nov (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pengendali rantaian restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut merancang untuk bekerjasama dengan pemaju utama di seluruh negara bagi membuka restoran baharu sebagai sebahagian daripada model perniagaan baharunya.