EKONOMI › SENARAI BERITA

KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 16 Memorandum Persefahaman (MoU) perniagaan akan ditandatangani semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mulai esok sehingga 23 Nov di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) akan menawarkan tender bagi melantik Rakan Kongsi Pelaksanaan Projek (PDP) bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) pada Rabu ini, 22 Nov, 2017.


PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Trend menyimpan di kalangan rakyat Malaysia masih tidak menggalakkan pada hanya RM6 bilion, atau 0.9 peratus simpanan isi rumah yang direkodkan dalam 2014, berdasarkan kepada Matriks Perakaunan Sosial (MPS).


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Star Publications (M) Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2017 naik kepada RM220.47 juta berbanding RM19.43 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Unit Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), FPM Sdn Bhd (FPM), menyasarkan untuk menjual 30,000 tan baja yang diformulasikan secara khusus - MPOB F2 dan MPOB F2 Super K - dalam tempoh lima tahun.


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd, yang menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan peneraju pasarannya dalam pasaran gas petroleum cecair (LPG) di Malaysia, yakin dengan prospek sektor itu berdasarkan jumlah penduduk negara ini yang semakin meningkat.


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak mentah dunia sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.