EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada tahun ini, didorong oleh penggunaan swasta dan pelaburan langsung asing (FDI), selain turut dijangka meraih manfaat daripada perbelanjaan infrastruktur berskala besar yang berterusan.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Petronas mengesahkan penghantaran kargo gas asli cecairnya (LNG) tidak terjejas oleh insiden kebocoran gas di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang terletak di Long Luping, Lawas, Sarawak. pada 10 Januari lepas.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh antara Mac hingga Mei 2018 memandangkan Indeks Pelopor (IP) dan Indeks Serentak (IS) meningkat pada November 2017, kata Jabatan Perangkaan.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Great Eastern Takaful Bhd melantik Shahrul Azlan Shahriman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa hari ini.


Daripada Nurul Hanis Izmir

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mempergiat usahanya untuk membantu usahawan tempatan mengaplikasikan penggunaan digital dalam perniagaan, bagi meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.


KUALA KANGSAR, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) meminta 152,000 pekebun kecil getah di negara ini yang belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), supaya berbuat demikian sebelum 31 Jan ini.


Daripada Nurul Hanis Izmir

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Karnival Kewangan kelima anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah, kata Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.