EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Great Eastern Takaful Bhd melantik Shahrul Azlan Shahriman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa hari ini.


Daripada Nurul Hanis Izmir

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mempergiat usahanya untuk membantu usahawan tempatan mengaplikasikan penggunaan digital dalam perniagaan, bagi meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.


KUALA KANGSAR, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) meminta 152,000 pekebun kecil getah di negara ini yang belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), supaya berbuat demikian sebelum 31 Jan ini.


Daripada Nurul Hanis Izmir

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Karnival Kewangan kelima anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah, kata Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.


SIBU, 21 Jan (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Industri dan Pembangunan Usahawan Sarawak akan menjalin usaha sama dengan persatuan perkapalan, agensi berkaitan dan institusi pengajian tinggi bagi menjayakan pelbagai program ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti industri perkapalan.


KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- RHB Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) untuk pembayaran dan kutipan secara dalam talian menerusi FPX (Financial Process Exchange), sempena Karnival Kewangan Kedah selama tiga hari, yang berakhir hari ini.


Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Negara utama pengeluar sawit telah mengambil segala usaha yang mungkin menerusi saluran diplomatik - pelbagai mesyuarat dan penjelasan yang disokong oleh fakta kukuh dan angka.