EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Syarikat bioteknologi yang dipacu penyelidikan, Holista CollTech Ltd, akan menghantar ramuan campuran pertama mi berpaten yang mengandungi Indeks Glycemix (GI) yang lebih rendah, dari Malaysia ke Kanada pada akhir Februari.


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Saham AirAsia X Bhd (AAX) meningkat dan merupakan saham paling aktif dalam dagangan awal hari ini, susulan prestasi kewangan 2017 yang kukuh.


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan penarafan beli ke atas Malakoff Corporation Bhd dengan harga sasaran pada RM1.15, memandangkan saham berkenaan menawarkan pulangan dividen yang menarik dalam lebihan enam peratus.


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak telah dipilih sebagai 'Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang 2018' oleh Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia serta Pasifik (ADFIAP).


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Platform membeli-belah dalam talian rentas sempadan, 28Mall.com, menawarkan lebih RM100,000 e-Angpow atau HongBao$ (HB$) sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) dan Mimos Bhd merancang untuk bekerjasama bagi membangunkan pelan induk platform teknologi pelaburan berasaskan kewangan Islam.


PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Lebih kurang 633,232 hektar ladang kelapa sawit ladang dan 59 buah kilang secara sukarela telah mendapat pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) sehingga Januari 2018, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.