EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd yakin dengan prospek jangka panjang dan menyasar memperoleh kontrak bernilai RM1 bilion dalam pembinaan dan infrastruktur dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang bagi menambah kontrak sedia adanya.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Harga minyak mentah, yang kini didagangkan pada US$61.48 (US$1=RM4.18) setong, dijangka kekal pada US$62 setong tahun depan, kata syarikat perunding perniagaan, Axcelasia Inc.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perjanjian konsesi bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit telah dilanjutkan sehingga tahun 2039, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.


MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Dasar hijau yang diamalkan negara dan negeri-negeri merupakan langkah berkesan dalam memastikan industri sawit tidak akan mejejaskan alam sekitar, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.


Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

HONG KONG, 15 Nov (Bernama) -- Firma-firma Malaysia harus menggunakan Hong Kong sebagai gerbang bagi meneroka pasaran tanah besar China, kata Konsul Besar Malaysia di Hong Kong dan Macau, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Keluarga Kwek/Quek dari Singapura dan Malaysia merupakan yang ketujuh terkaya di Asia dengan nilai bersih berjumlah US$23.3 bilion, demikian menurut senarai Keluarga Terkaya di Asia Forbes 2017.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) pada suku kedua tahun depan untuk memudahkan semakan status wang tidak dituntut dilakukan terutamanya oleh penduduk di luar bandar.