EKONOMI › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vizione Holdings Bhd, Vizione Construction Sdn Bhd, telah memperolehi kerja-kerja sub-kontrak bernilai RM58 juta daripada Warisan Sanjungan Sdn Bhd membabitkan projek program perumahan rakyat di Machang, Kelantan.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggesa syarikat Malaysia memanfaatkan Sepanyol sebagai pintu masuk ke pasaran Eropah dan Amerika Latin.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- DHL eCommerce telah melancarkan operasi penghantaran domestik di Malaysia dengan pelbagai perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan bagi memenuhi pasaran e-dagang yang semakin berkembang di negara ini.


IPOH, 27 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyasarkan pengeluaran sebanyak 50,000 Kad Debit-i Bank Islam Visa Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC) sehingga hujung tahun 2017.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan, HSS Engineers Bhd (HEB) menjangkakan pertumbuhan yang kukuh dalam tempoh dua tahun selepas merangkul kontrak-kontrak bernilai RM103 juta dalam lapan bulan sejak ia disenaraikan pada Ogos 2016.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini ketika aktiviti pengambilan untung muncul dalam kalangan saham wajaran tinggi, kata peniaga.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa) membuat teguran umum ke atas SMTrack Bhd (SMTrack) kerana melanggar syarat penyenaraian Pasaran ACE (ACE LR).