• Hubungi kami 03-26939933
  • E-mel helpdesk@bernama.com
  • Rabu, 22 Mei 2013  
English | Malay | |


BERNAMA › PENDAPAT


PENDAPAT

Tuan Pengarang,

CADANGAN SUPAYA SAMA TRAFIK TIDAK LIBATKAN CUKAI JALAN RAYA: Saya terpanggil untuk memberi cadangan supaya saman trafik yang dikenakan kepada pesalah jalan raya tidak sepatutnya melibatkan cukai jalan. Saya juga mengalami masalah sedemikian kerana tindakan tersebut sangat menyusahkan, walhal perkara yang senang, tetapi menjadi susah ekoran saman yang dikenakan.

Begitu juga masalah dengan insurans yang telah diperbaharui, jika cukai jalan tidak diperbaharui dalam tempoh tertentu, maka pengguna perlu membayar insurans tambahan selagi cukai jalan belum diperbaharui.

Pengguna dan pemilik kenderaan sepatutnya tidak dibebankan lagi dengan masalah untuk memperbaharui cukai jalan. Pihak berkuasa yang bertanggung jawab seharusnya memikirkan alternatif lain untuk mengutip dan menggalakkan pesalah trafik membayar saman bukannya dengan menambahkan beban. Ini seolah-olah sebagai paksaan membayar saman.

Saman ekor khususnya dihapuskan sahaja, kecuali jika saman ekor dibuat bersama dengan sekatan jalan raya, barulah adil dan saksama. Ini kerana banyak kenderaan yang mengubah plat kenderaan, menggunakan plat kenderaan palsu dan juga mengaburi plat kenderaan masing-masing untuk mengelak diri daripada disaman ekor. Kajian terperinci perlu diusahakan bagi mencari jalan supaya masalah membayar saman trafik tidak lagi berlaku.

Daripada: ADZEEM
SELANGOR


[surat lain]


Untuk komen, cadangan, pendapat atau tip-tip berita, sila hantarkan melalui borang atau SMS.