November 13, 2009 14:58 PM

Ekspo Seni Malaysia Pamer Karya Pelukis Dari 14 Negara

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lebih 2,000 karya seni pelukis dari 14 buah negara akan dipamerkan pada Ekspo Seni Malaysia di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) selama lima hari mulai 19 Nov.

Pameran yang diadakan buat kali ketiga itu adalah anjuran bersama Art Expo Malaysia Sdn Bhd dan Balai Seni Lukis Negara.

Pengurus projek Art Expo Malaysia Sdn Bhd, Sim Pojian berkata dianggarkan lebih 10,000 orang akan menghadiri ekspo yang membariskan nama-nama pelukis terkenal dari Hungary, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun, India, Perancis, Mongolia, Thailand, China, Hong Kong, Vietnam, Filipina dan Malaysia.

"Tahun ini kami berharap dapat mengumpul lebih RM5.3 juta hasil daripada jualan lukisan, sama seperti tahun 2008 kerana keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu," kata Sim.

Sembilan acara menarik akan dianjurkan sepanjang ekspo itu berlangsung antaranya 'Seni Digital China' oleh Miao Xiaochun, 'Mozeks Kanvas 1Malaysia' dan 'Have A Heart' yang mengetengahkan lukisan pelukis muda yang mengalami kecacatan mental.

-- BERNAMA

We provide (subscription-based) 
news coverage in our
Newswire service.