

Other News
- Somalia Seeks Greater Engagement By Japan In Peace Building Process
- Pertamina To Issue Global Bond Worth US$1.5 Billion
- Smart Highway Offers 10 Per Cent Toll Discount On Sunday
- News Focus: Indonesian Muslims Welcome Obama Planned Visit
- Russian Coin Found In Matsuyama Could Be Token Of Thwarted Romance
November 06, 2009 18:42 PM
Bank Muamalat Menang Hadiah Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

Foto ihsan BMMBKUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) muncul juara Hadiah Bahasa Institusi Perbankan bagi Kategori Bank Islam dalam satu penilaian yang dibuat ke atas 11 institusi perbankan Islam sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan Festival Bahasa dan Sastera 2009 baru-baru ini.
Penilian tersebut, yang dibuat oleh satu jawatankuasa di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Bank Negara Malaysia (BNM), menyemak penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam komunikasi harian institusi terbabit sama ada dengan khalayak luaran mahu pun dalaman, kata BMMB dalam satu kenyataan hari Jumaat.
Semakan dibuat ke atas penggunaan Bahasa Melayu dalam penerbitan bahan publisiti seperti risalah, laporan tahunan, teks ucapan, papan tanda, laman web, iklan dan dalam urusan perbankan harian dengan pelanggan, kata kenyataan itu.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran I Datuk Wee Ka Siong.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Wee semasa berucap mengumumkan bahawa Program Bulan Bahasa Kebangsaan telah dijadikan acara tahunan yang telah diangkat menjadi agenda nasional dalam usaha kerajaan memperkasa dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa pembangunan bangsa.
Naib Presiden Kanan Bahagian Perbankan Konsumer Bank Muamalat Azaddin Ngah Tasir berkata kejayaan itu mencerminkan usaha syarikat untuk sentiasa menguasai bahasa kebangsaan dalam semua urusan.
Bank Muamalat Malaysia Berhad, yang telah memulakan perniagaan pada 1 Oktober 1999 merupakan institusi perbankan Islam sepenuhnya yang beroperasi di bawah Akta Perbankan Islam (1983).
-- BERNAMA
We provide
(subscription-based)
news coverage in our Newswire service.

