

Other News
- Somalia Seeks Greater Engagement By Japan In Peace Building Process
- Pertamina To Issue Global Bond Worth US$1.5 Billion
- Smart Highway Offers 10 Per Cent Toll Discount On Sunday
- News Focus: Indonesian Muslims Welcome Obama Planned Visit
- Russian Coin Found In Matsuyama Could Be Token Of Thwarted Romance
May 07, 2009 14:50 PM
Paut Dengan Jenama Halal Antarabangsa, Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kiri) membantu kakitangan Fidani Chocolatier Sdn Bhd, Salma Mamat (kanan) menabur kacang hazel ke atas ramuan coklat ketika melawat gerai pameran yang menyertai Pameran Halal Antarabangsa 2009 (MIHAS 2009) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) di Kuala Lumpur, pada Khamis. Foto: Rushdan Manan KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat Malaysia sepatutnya menimbang untuk mewujudkan pautan dengan produk halal jenama antarabangsa, sama ada melalui penyertaan ekuiti atau pengambilalihan jenama ternama, bagi mempercepatkan kemasukan ke pasaran halal global.
"Adalah penting kita mewujudkan ikatan strategik di kalangan peserta industri, pada peringkat tempatan atau di seberang laut bagi menyandarkan kekukuhan antara satu sama lain, sama ada di dalam pembekalan bahan mentah, ramuan, teknologi, rangkaian pengedaran dan penjenamaan," kata Perdana Menteri di sini, Khamis.
"Langkah untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dengan rakan perdagangan kita juga penting dan tidak sepatutnya diketepikan," katanya semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 ke-enam dan Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia 2009 ke-dua anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Katanya syarikat tempatan sepatutnya mengambil kesempatan dari hubungan kukuh yang dijalin oleh Malaysia dengan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Afrika dan China.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peluang di dalam sektor halal yang pantas berkembang adalah besar dan perlu diterokai sepenuhnya.
Beliau berkata sektor swasta juga patut meningkatkan pelaburan dalam bidang pengeluaran, meningkatkan kemudahan sedia ada, penyelidikan dan pembangunan, penguasaan teknologi serta pemasaran dan promosi.
Pasaran halal global dianggarkan bernilai AS$2.1 trilion setahun.
Sebagai sebuah negara Islam yang moden, dengan ekonomi terbuka, Malaysia mempunyai kelebihan saingan dalam pembangunan industri halal, kata Najib.
"Hari ini, kami bangga melihat standard halal Malaysia digunakan oleh syarikat multinasional terkemuka seperti Nestle, Colgate-Palmolive, Ajinomoto dan Unilever," katanya.
Najib berkata menurut AT Kearney, Nestle sudah menajdi pengilang makanan terbesar dalam sektor halal dengan jualan melebihi AS$3 bilion setahun di negara-negara Islam.
-- BERNAMA
We provide
(subscription-based)
news coverage in our Newswire service.

