Berita Terkini

Johor FC Naik Ke Tangga Keempat Liga Super

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pasukan kelab, Johor FC naik ke tempat keempat Liga Super selepas meraih tiga mata penuh hasil kemenangan 1-0 ke atas KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam Selasa.


Malaysia Temu India Dan Korea Selatan Dalam Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pemanah Recurve lelaki dan wanita negara melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir acara berpasukan Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat di sini, pada Selasa.

Pakistan Siap Sedia Hadapi India Di Pembukaan Hoki Piala Dunia

NEW DELHI, 9 Feb (Bernama) -- Pakistan, johan dunia empat kali kini siap sedia untuk berdepan dengan musuh ketat dan tuan rumah India pada perlawanan pembukaan Hoki Piala Dunia lelaki lewat bulan ini, pertemuan yang dianggap paling sengit.

Lima Atlet Pelapis Tersenarai Ke Sukan Komanwel Dan Sukan Asia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Seramai lima atlet pelapis kebangsaan daripada tiga jenis sukan akan dinaik taraf ke skuad elit negara bagi menyertai Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Chu Sian, Arif Farhan Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pemanah negara, Cheng Chu Sian dan Arif Farhan Ibrahim Putra mempamerkan panahan yang konsisten pada peringkat suku akhir acara Recurve individu lelaki pada Kejohanan Grand Prix Memanah Asia Pertama 2010 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, di sini, Selasa.

Ragbi Tunggu 'Lampu Hijau' Ke Sukan Komanwel Dan Sukan Asia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Skuad ragbi kebangsaan perlu menunggu "lampu hijau" daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum dapat beraksi pada Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, tahun ini.