03 November, 2009 11:29 AM

QTRAX UMUM PERKONGSIAN BERSAMA BAIDU

NEW YORK Dan BEIJING, 3 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ -- Qtrax (www.qtrax.com) hari ini mengumumkan bahawa Baidu, enjin pencarian utama di China, telah bersetuju untuk menyalurkan pertanyaan pencarian berkaitan muzik daripada Portal Hiburan miliknya, dan tapak-tapak Muzik Online Qian Qian ke khidmat muat turun bebas, percuma dan sah milik Qtrax, jika Qtrax mempunyai artis atau lagu yang ditanya itu.

Allan Klepfisz, Presiden dan CEO Qtrax, mengulas: "Kami sangat gembira dengan keputusan Baidu. Sebagai enjin pencarian yang dominan di China, Baidu akan menyediakan kepada kami trafik yang besar melalui portal muzik dan hiburannya. Kami, di sebaliknya, akan menawarkan kepada pelawat-pelawat yang mereka hantar ke tapak-tapak kami yang bebas, percuma dan sah, satu penemuan muzik dan pengalaman muat turun yang hebat. Pada minggu-minggu akan datang, kami akan melancarkan secara berperingkat di setiap satu daripada negara Asia-Pasifik dan mula menyalur dan mengewangkan trafik – demi manfaat artis dan pemilik hakcipta – yang sebelum ini sampai ke tapak-tapak yang tidak dilesenkan. Kami percaya yang tawaran kami, termasuk maklumat akan artis, adalah jauh lebih hebat berbanding tapak-tapak tidak sah."

For the full text, click here.

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.