Berita-berita Lain
07 November, 2009 00:07 AM
GUP Satu-satunya Cara Untuk Satukan Parti - Ketua Biro Penerangan MCA
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Semua anggota MCA diminta memberi peluang kepada parti untuk menjayakan Pelan Perpaduan Besar (GUP) kerana ia dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menyatukan parti.
Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Heng Seai Kie berkata anggota parti memerlukan kesungguhan dan keupayaan untuk menggerakkan semua sumber yang ada bagi menjayakan perubahan dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat, seterusnya menghadapi pilihan raya umum.
"Jika semua boleh boleh berlaku jujur antara satu sama lain, mangamalkan sikap toleransi demi kepentingan parti, perpaduan boleh dicapai. Sebarang masalah dalaman perlu dihentikan kerana perbalahan dalaman akan melemahkan parti.
"GUP boleh mengubati semua kelukaan dalam parti," katanya dalam kenyataan di sini hari Jumaat.
Heng yang juga timbalan menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan turut melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan tiga anggota kanan parti -- Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong -- yang merupakan antara 19 anggota jawatankuasa pusat yang menuntut supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membolehkan pemilihan parti diadakan.
Mengenai keputusan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membuat rayuan terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan, Heng berkata ia adalah ia adalah hak peribadi beliau.
Bagaimanapun, keputusan telah dibuat untuk menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan bahawa Datuk Seri Dr Chua Sio Lek adalah timbalan presiden parti manakala Liow kekal sebagai naib presiden, katanya.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.




