

Berita-berita Lain
04 November, 2009 23:19 PM
Yang Dipertuan Agong Dan Raja Permaisuri Di Majlis Santapan
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat ke majlis santapan yang diadakan di Istana Negara di sini Rabu malam.
Majlis santapan itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-219 yang diadakan di Istana Negara di sini selama dua hari bermula Rabu.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri serta isteri.
Tuanku Mizan dijadual berangkat ke mesyuarat hari kedua di Istana Negara esok dengan diiringi Perdana Menteri.
--BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

