Bernama.com
Am 06 November, 2009 16:51 PM
 
Kuarters Pekerja Musnah Dalam Satu Kebakaran


KOTA KINABALU, 6 Nov (Bernama) -- Sebuah kuarter pekerja milik sebuah kelab rekreasi di Kampung Bambangan Inanam dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan II Ahmady Bungsu berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira pukul 1.46 petang dan empat jentera bomba dari Balai Bomba Lintas, Penampang dan Sembulan dengan 24 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, api sedang merebak dengan cepat ke seluruh bangunan. Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 2.05 petang dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kuarters dua tingkat yang mempunyai enam bilik itu didiami 23 orang termasuk 10 kanak-kanak.

Beliau berkata punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels