Bernama.com
Am 03 November, 2009 19:47 PM
 
Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Perompak


PULAU PINANG, 3 Nov (Bernama) -- Polis pada selasa menahan empat lelaki, seorang daripada mereka warga Indonesia, kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan bersenjata dan jenayah ragut di daerah Balik Pulau.

Lelaki terbabit, yang berusia antara 30 dan 35 tahun, ditahan dalam operasi khas di Batu Maung, Sungai Ara dan Sungai Nibong, kata Ketua Polis Daerah Balik Pulau Supt Mohd Hatta Mohd Zain.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah manakala dua lagi terlibat dengan dadah.

Katanya polis merampas sepasang gari, tiga tukul, sebilah pisau, dua telefon bimbit, satu pasport Malaysia, sekeping kad pengenalan, sebuah kereta dan sebuah motosikal daripada mereka.

Pasport dan kad pengenalan yang dirampas itu dipercayai kepunyaan mangsa mereka.

-- BERNAMA


Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels