| Borang Kebenaran Ibu Bapa Dikekalkan Seperti Sedia Ada - JPN Perak |
|
IPOH, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Pelajaran Negeri Perak menegaskan pihaknya tetap mengekalkan penggunaan ayat 'sebarang risiko atau masalah bukan di bawah tanggungjawab pihak sekolah atau jabatan' pada borang kebenaran ibu bapa bagi murid mengikuti program anjuran jabatan itu atau sekolah.
Timbalan Pengarahnya Mohd Roli Hassan berkata perkara itu adalah tertakluk dalam peraturan jabatan dan tidak mungkin akan diubah disebabkan beberapa masalah yang timbul baru-baru ini.
Dalam hal ini, kita mengikuti "standard operating procedure", katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kem Membaca 1Malaysia peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia di sini hari ini, beliau berkata, jika ibu bapa tidak membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan maka pihak sekolah akan akur.
Mohd Roli berkata sekiranya ibu bapa memberi kebenaran maka itu adalah tanggungjawab bersama.
-- BERNAMA
|
|
|