Bernama.com
Am 03 November, 2009 19:25 PM
 
Dua Remaja Dipercayai Perompak Jalanan Ditahan


JOHOR BAHARU, 3 Nov (Bernama) -- Dua remaja yang dipercayai telah melakukan beberapa rompakan tepi jalan di sini ditahan Selasa, demikian menurut polis.

Bertindak atas maklumat orang ramai, polis menahan suspek berusia 18 dan 19 tahun itu depan sebuah kafe siber di Taman Tampoi Indah di sini pada kira-kira 12.55 pagi.

Polis menemui dua parang, sebatang besi dan sebatang kayu dari Proton Wira mereka.

Geledahan di rumah mereka di Taman Nusa Bestari membawa kepada penemuan dua pistol mainan, rifel M-16 dan peluru palsu.

OCPD Johor Baharu (Utara) Asst Komm Ruslan Hassan berkata siasatan awal menunjukkan bahawa suspek telah menggunakan senjata berkenaan termasuk yang palsu ketika melakukan beberapa rompakan tepi jalan di Skudai.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Beliau berkata senjata itu, yang kelihatan asli, boleh menyebabkan orang ramai yang tidak mengetahui tentang senjata, tertipu.

-- BERNAMA


Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels