Bernama.com
Am 03 November, 2009 16:52 PM
 
Pasir Mas Kawasan Paling Panas Jual Rokok Haram


PASIR MAS, 3 Nov (Bernama) -- Jajahan Pasir Mas dikenal pasti sebagai kawasan paling banyak kegiatan jual-beli rokok haram di negara ini, kata Ketua Eksekutif Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM) Shaik Abbas Ibrahim.

Katanya kebanyakan rokok terbabit diseludup masuk ke negara ini melalui jalan laut atau sungai dari sempadan negara jiran.

"Berdasarkan kajian syarikat penyelidikan bebas antarabangsa, Tylor Nelson Soffres, kawasan Pasir Mas adalah satu kawasan panas bagi perdagangan rokok tidak sah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah kepada 120 peruncit di jajahan itu sempena Program Kempen Membasmi Jualan Produk Tembakau Tidak Sah di sini pada Selasa.

Shaik Abbas berkata kegiatan penjualan rokok haram itu boleh menjejaskan pembelian daun tembakau kering oleh pengilang-pengilang rokok.

Beliau berkata kebanyakan kegiatan penjualan dan pembelian rokok tidak sah itu berlaku di kawasan pedalaman, termasuk di kawasan tanah rancangan dan bergantung kepada taraf hidup masyarakat setempat.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels