| Jalan Rawang Ke KL Dibuka Untuk Kenderaan Ringan |
|
RAWANG, 3 Nov (Bernama) -- Jalan Rawang ke Kuala Lumpur yang ditutup akibat cerun runtuh awal pagi tadi telah dibuka semula kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi Selasa dengan melalui Jalan Selayang Height.
DSP Mohd Asri Md Akhir dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata bagaimanapun jalan itu hanya dibuka sehala manakala jalan dari Kuala Lumpur ke Rawang masih ditutup untuk semua kenderaan.
Beliau berkata kerja pembersihan runtuhan tanah masih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kejadian pukul 2.45 pagi tadi menyebabkan jalan persekutuan di KM12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching ditutup kepada semua lalu lintas.
Cerun yang runtuh itu menyebabkan laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang dipenuhi tanah dan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak pukul 4.45 pagi.
-- BERNAMA
|
|
|