Bernama.com
Am 03 November, 2009 13:03 PM
 
Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri


PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di pejabatnya di sini.

Mesyuarat berlangsung kira-kira tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi tadi, dihadiri oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menteri-menteri Besar yang hadir ialah dari Johor, Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu manakala Ketua Menteri pula dari Melaka dan Sabah sementara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghantar wakilnya.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan pelaksanaan program pembangunan di negeri-negeri terbabit.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels