Bernama.com
Am 02 November, 2009 22:27 PM
 
Nakhaie Nafi Terbabit Dalam Memorandum PGSM


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menafikan beliau menentang pelantikan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengambil alih tempatnya.

Mohd Nakhaie berkata beliau tidak terlibat dalam penyerahan memorandum yang telah dihantar oleh Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Okt lepas.

"Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang memorandum yang telah dikemukakan oleh NGO-NGO (Badan bukan kerajaan). Kenapa dia (Dr Mohd Asri) nak sindir saya pula melalui blognya?," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mohd Nakhaie berkata Perdana Menteri yang akan melantik siapa pengganti beliau, dan buat masa sekarang jawatan Yang Dipertua Yadim adalah kosong berikutan persaraannya berkuatkuasa Ahad.

PGSM menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik pelantikan Asri sebagai Yang Dipertua Yadim kerana pelbagai dakwaan, termasuk mencerca ulama.

-- BERNAMA


Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels