| Jenazah Pengerusi SuruhanjayaTenaga Dibawa Pulang Rabu Ini |
|
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Jenazah pengerusi Suruhanjaya Tenaga allahyarham Datuk Ir Pian Sukro, 63, akan dibawa pulang dari Rome, Itali, pada Rabu, menurut kenyataan Suruhan itu pada Isnin.
Jenazah allahyarham dijangka tiba di tanah air pada pukul 6.50 pagi dan akan dibawa ke Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan angin ahmar Sabtu lepas di Agostino Gemelli University Polyclinic di Rome.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Kobkua Suwannathat, dua anak lelaki dan seorang perempuan yang berumur lingkungan 20 dan 30-an.
-- BERNAMA
|
|
|