Bernama.com
Am 02 November, 2009 20:00 PM
 
Najib Terima Kunjungan Gabenor Wilayah Autonomi China


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China, Ma Biao di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu antara lain turut membincangkan mengenai hubungan ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

Turut menyertai delegasi itu ialah Setiausaha Agung Kerajaan Rakyat Guangxi Wang Yue Fei, Ketua Pengarah Hubungan Luar Guangxi Fan Xiaoli dan Duta China ke Malaysia Liu Jian.

-- BERNAMA


Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels