Pakej Rangsangan Belum Terlambat, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha kerajaan melaksanakan kedua-dua pakej rangsangan bagi mengelak negara daripada terjerumus ke arah kemelesetan ekonomi, belum terlambat.

Parti Politik, NGO Akui Bajet Mini Penuhi Permintaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Beberapa parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengakui Bajet Mini yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam memenuhi permintaan yang telah disuarakan rakyat sebelum ini.

Utamakan Projek Kecil, Kata Penyokong Kerajaan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar membahagikan projek mega kepada projek yang lebih kecil kerana ia akan memberi manfaat yang banyak kepada lebih ramai rakyat.

Rafidah Harap Bajet Mini Bantu Tutup Lompang Pelabur Swasta

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berharap inisiatif yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet Mini semalam akan dapat menutup lompang penggunaan pelaburan dan perbelanjaan yang biasanya dibuat oleh swasta.

Pakej Cukup Untuk Imbangi Kesan Kelembapan

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pakej rangsangan ekonomi kedua bernilai RM60 bilion oleh kerajaan seharusnya mencukupi untuk mengimbangi kesan daripada kemelesetan global serta memulihkan semula perniagaan dan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.

Kementerian Beri Reaksi Positif Terhadap Bajet Mini

KUALA LUMPUR, 10 MAC (Bernama) -- Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menggunakan sepenuhnya peruntukan RM20 juta yang diberikan kepadanya dalam pakej rangsangan ekonomi kedua untuk meningkatkan mutu industri hiburan tempatan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

FMM: Langkah Perlu Dilaksanakan Dengan Segera

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pakej rangsangan kedua akan mencapai matlamat yang disasarkan sekiranya langkah-langkah dilaksanakan dengan segera dan projek yang telah dikenal pasti dipercepatkan pelaksanaannya, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).