Laman Mikro
BERNAMA


Pengwujudan Nombor Careline Jabatan PERHILITAN 1-300-80-1010

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mewujudkan satu talian bebas tol iaitu 1-300-80-1010 bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan yang cekap dan pantas dalam menangani isu-isu berkaitan hidupan liar.

Perkhidmatan talian bebas tol yang disediakan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Penyediaan Perkhidmatan Careline ini akan membolehkan orang ramai membuat aduan gangguan hidupan liar, pertanyaan dan mengemukakan cadangan berkaitan bidang kuasa Jabatan PERHILITAN di talian 1 300 80 1010. Talian ini beroperasi dari Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Pelayaran Asia ke-15

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pulau Langkawi, Kedah telah bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Pelayaran Asia ke-15 yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Februari 2012. Sebanyak 279 pelayar-pelayar dari 24 negara-negara di Asia akan bertarung untuk 14 kelas dalam merebut gelaran Kejohanan Asia. Antara negara-negara yang mempunyai kontinjen terbesar pelayar termasuk tuan rumah Malaysia (44), Singapura (44), Hong Kong (35), India (27) dan China (18).

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) dan Persekutuan Pelayaran Asia di Pusat Pelayaran Kebangsaan, Kejohanan ini akan menandingi pelayar terkenal bersama-sama dengan pendatang baru. Untuk melayakkan mereka bertanding, semua pelayar perlu menjadi ahli Kelab Pelayaran Nasional mereka.

Anugerah Kecekapan Tenaga 2012: Peneraju Dicari

AsiaNet 48225 BERLIN, 3 Feb. / PRNewswire-AsiaNet / -- Hadiah Antarabangsa Di Bawah Naungan Menteri Ekonomi Persekutuan Jerman Rosler

Perniagaan daripada industri dan pengeluaran mempunyai masa sehingga 4 Mei, 2012 untuk mengemukakan permohonan untuk hadiah antarabangsa dena, Anugerah Kecekapan Tenaga 2012. Untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu, syarikat mesti mempunyai projek-projek yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam meningkatkan kecekapan tenaga dalam operasi mereka sendiri.

Logicalis Lancar Operasi Baru di Indonesia yang Terbentuk daripada Usahasama dengan Metrodata

AsiaNet 48227 SINGAPURA, 2 Feb, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ -- Logicalis, sebuah pembekal penyelesaian dan perkhidmatan terurus IT antarabangsa, kini telah melancarkan operasi usaha sama di Indonesia. Syarikat baru itu, yang dikenali sebagai Logicalis Metrodata Indonesia, telah ditubuhkan dengan kumpulan ICT terkemuka Indonesia, P.T. Metrodata Elektronik, Tbk yang berpangkalan di Jakarta. Logicalis mempunyai 51% pegangan saham dan Metrodata 49%.

Perfect World Secara Rasmi Melancarkan "Chi Bi" di Indonesia

AsiaNet 48211 BEIJING, 2 Feb., 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ -- Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. ("Perfect World"), iaitu pemaju dan operator permainan dalam talian terkemuka yang berpangkalan di China, secara rasminya mengumumkan hari ini bahawa ia telah melancarkan "Chi Bi" di Indonesia menerusi PT. Buana Online Internasional ("Buana"), sebuah anak syarikat milik rakan perniagaan mereka, PT. Prodigy Infinitech, pada Januari 2012.

World Micro Menandatangani Perjanjian Pengedaran Francais Dengan Syarikat Gergasi Pengeluar Bateri, ZEUS Battery Products

AsiaNet 48222 ATLANTA, 2 Feb., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Perjanjian itu Mengukuhkan keupayaan World Micro untuk menyediakan penyelesaian kuasa dan sokongan kejuruteraan

World Micro, sebuah pengedar global bagi komponen elektronik yang memberi khidmat kepada pasaran elektronik, komersil, ketenteraan, perubatan dan aero angkasa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pengedaran francais dengan ZEUS Battery Products, dari Bloomingdale, IL. Perjanjian itu memberi keupayaan kepada World Micro untuk mempromosi, mengedar dan memasarkan produk bateri utama mereka ke seluruh Amerika Syarikat, Kanada, dan dari kilang mereka di Pulau Pinang, Malaysia, kepada para pelanggan di seluruh rantau itu dan di Asia Tenggara. Barisan francais terbaru itu termasuk pek bateri yang ditempah khas bagi pelbagai jenis aplikasi, termasuk lampu kecemasan, sistem keselamatan, alat elektronik bimbit, dan peralatan perubatan mudah alih.

Malaysia Catat Kedudukan Terbaik Dalam Indek Prestasi Alam Sekitar Dunia

PUTRAJAYA, 2 Feb (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam Indek Prestasi Alam Sekitar (EPI) di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada 26 Januari 2012 meningkat ke tangga 25 di kalangan 132 negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Sri Douglas Uggah Embas telah mengesahkan kedudukan Malaysia dalam EPI 2012 adalah yang terbaik di kalangan negara ASEAN, ketiga di Asia dan Pasifik selepas New Zealand and Jepun.