TMB Buka 105 Kaunter Pemasaran TM Point
KOTA BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Telekom Sales and Services Sdn Berhad (TSSSB) anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) telah membuka 105 kaunter pemasaran TM Point, berperanan mengendalikan urusan berkaitan dengan telekomunikasi.
Sarawak Percepatkan Rancangan Peluasan Penjanaan Kuasanya
KUCHING, 7 Nov (Bernama) - Sarawak akan mempercepatkan rancangan peluasan penjanaan kuasanya bagi menampung permintaan industri tempatan dan juga menjual kuasa ke Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Sabtu.
Pakistan Minat Belajar Dari Malaysia Untuk Tingkatkan Sektor Perkhidmatan
Daripada Hafizah Kamaruddin
KARACHI, 7 Nov (Bernama) -- Pakistan, kagum dengan pencapaian Malaysia dalam mengeksport industri perkhidmatannya berminat untuk belajar dari negara ini, cara untuk meningkatkan sektor perkhidmatannya sendiri terutamanya bagi pasaran eksport, demikian menurut pegawai perdagangan peringkat tinggi Pakistan.
FSTEP Yakin Dapat Lebih Banyak Penaja
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Program Mengasah Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) yakin mendapat lebih banyak penaja dari kalangan institusi kewangan bagi Skim PraPilihannya, yang dilaksanakan buat kali pertama untuk pengambilan kumpulan keempat pesertanya, yang memulakan program itu pada Julai tahun ini.
Najib Akan Hadiri Sidang Kemuncak APEC Di Singapura
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-17 di Singapura mulai 14 hingga 15 Nov.
TM Yakin Faedah Bekerja Secara Jarak Jauh
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) gembira dengan peningkatan kesedaran terhadap faedah bekerja secara jarak jauh atau telekerja di kalangan rakyat Malaysia dan menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor untuk melaksanakan amalan kerja dari rumah untuk kakitangan Jabatan Kerja Raya
Penanggung Insurans Dalam Proses Menerima Pakai ISM-ABI
PETALING JAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kebanyakan syarikat insurans dan takaful utama kini dalam proses menerima pakai Sistem Risikan Perniagaan Automotif (ABI) ISM Insurance Services Malaysia, mulai tahun depan.



