Laman Mikro
BERNAMA


Bajet Dapat Reaksi Positif Rakyat Kelantan

KOTA BAHARU, 30 Ogos (Bernama) -- Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan reaksi positif masyarakat di Kelantan.

Peningkatan Elaun Khas Mampu Kekalkan Pakar Perubatan Tempatan, Kata Liow

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Keputusan untuk menaikkan elaun khas yang diberikan kepada pakar perubatan dalam Bajet 2009 yang dibentangkan semalam, akan membantu mengekalkan kira-kira 2,300 pakar di negara ini daripada bekerja di luar negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Kementerian Pelajaran Tumpu Pembangunan Kemudahan Asas Sekolah Pedalaman

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama)-- Peruntukan sebanyak RM31 bilion untuk agenda pendidikan dalam Bajet 2009, akan digunakan bagi tujuan pembangunan dan penyediaan kemudahan asas di sekolah terutamanya di sekolah pedalaman.

Selangor Sambut Baik Pembaikan Sistem Pengangkutan LRT

SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- Selangor menyambut baik langkah kerajaan pusat menambah baik sistem pengangkutan awam terutama perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) melalui peruntukan RM35 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2009 semalam.

RISDA Terima RM193.6 Juta Untuk Bajet Tahun Depan

KUALA KANGSAR, 30 Ogos (Bernama) -- RISDA menerima peruntukan sejumlah RM193.6 juta untuk meneruskan pelaksanaan beberapa projek pembangunannya dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan tegar di kalangan pekebun kecil.

Tiada Keperluan Mendesak Bagi Malaysia Menaikkan Kadar Faedah, Kata Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) - Tiada keperluan mendesak bagi Malaysia menaikkan kadar faedahnya kerana ekonominya tidak mengalami perkembangan terlalu pesat, kata pakar ekonomi Standard Chartered Bank.

Penghapusan Duti Akan Kurangkan Produktiviti Pertanian, Kata Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Penghapusan duti import ke atas baja dan racun perosak seperti yang diumumkan dalam Bajet 2009, akan menyumbang ke arah produktiviti yang lebih tinggi di ladang dan mengurangkan harga produk-produk pertanian, kata Prof Dr Pazim Fadzim Othman dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.