

Agong Nasihat Jemaah Haji Jaga Kebersihan
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa menasihatkan 26,000 jemaah haji Malaysia agar sentiasa menjaga kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekeliling sepanjang berada di Mekah berikutan kebimbangan penularan penyakit Influenza A (H1N1) yang kini melanda dunia.
Kementerian Kesihatan Pantau Jika Ada Peningkatan Semula H1N1
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau penularan wabak Influenza A(H1N1) di negara ini untuk mengesan sama ada terdapat peningkatan semula kes itu yang kini semakin berkurangan.
145 Pesakit Baru ILI Dimasukkan Ke Hospital
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama)-- Seramai 145 pesakit baru gejala penyakit serupa Influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 120 kes didiscaj menjadikan jumlah semasa kes yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 660 kes di 77 buah hospital.
Terus Jaga Kebersihan Walaupun Jumlah Kes H1N1 Menurun
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Orang ramai diminta terus menjaga kebersihan, mengamalkan cara hidup sihat dan mengambil langkah-langkah pencegahan sungguhpun jumlah kes Influenza A (H1N1) semakin berkurangan dan tiada kes kematian dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Tiada Kematian H1N1 Untuk Tiga Minggu Berturut-turut
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Tiada laporan kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) dilaporkan untuk tempoh minggu ketiga berturut-turut.

