Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau Pengajaran Untuk Semua
SUNGAI PETANI, 8 April (Bernama) -- Di sebalik keputusan pilihan raya kecil Bukit Selambau, terdapat pengajaran bagi semua pihak yang terlibat.
BN Terima Keputusan Pilihan Raya, Tolak Ia Sebagai Referendum
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menerima keputusan tiga pilihan raya kecil sebagai keputusan pengundi namun menolak anggapan ia sebagai referendum terhadap kepimpinan negara, kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Calon Bebas Ingin Kembali Ke Pangkuan Umno
SUNGAI PETANI, 7 April (Bernama) -- Calon bebas, Major (B) Anuar Abdul Rahim menganggap kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebagai keputusan rakyat tetapi tidak menjangka akan kehilangan deposit.
Semua Calon Bebas Bukit Selambau Hilang Deposit
SUNGAI PETANI, 7 April (Bernama) -- Kesemua 13 calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau hilang wang deposit kerana tidak mendapat sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Saksikan Status-quo Kekal
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Tiga pilihan raya kecil Selasa menyaksikan status quo dikekalkan dengan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang terdiri daripada PAS serta PKR, masing-masing mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya pada Mac tahun lepas.



