Bernama.com
Am 21 Julai, 2010 19:02 PM
 
Jabatan Kastam Umum Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran Pegawainya


PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada Rabu mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran beberapa pegawai kanan jabatan itu untuk mengisi kekosongan dan memberi peluang mempertingkatkan pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Menurut kenyataan ibu pejabat Jabatan Kastam di sini hari ini, pegawai kanan yang dinaikkan pangkat ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (Gred W52) Cukai Dalam Negeri di ibu pejabat, Jaafar Jawi ke jawatan Timbalan Pengarah Kastam Penguatkuasaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (memangku Gred W54);

Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 Cawangan Perhubungan Awam di ibu pejabat (Gred W52) Zazuli Johan ke jawatan Timbalan Pengarah Kastam Pematuhan Selangor (memangku Gred W54) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (Gred W52) Penguatkuasaan Perlis Rosnani Mahamad ke jawatan Timbalan Pengarah Kastam Perkhidmatan Teknik Pulau Pinang (memangku Gred W54).

Selain itu, Penolong Kanan Pengarah Kastam II (Gred W48) Chua Phek Geok dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (memangku Gred W52) Cukai Dalam Negeri di ibu pejabat, dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II (Gred W48) Kamarudin Jaafar dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (memangku Gred W52) di cawangan Perhubungan Awam di ibupejabat.

Pegawai kanan yang bertukar ialah Penolong kanan Pengarah Kastam 1 (Gred W52) Ayob Tabri, dari Import Tanjung Puteri Johor ke Eksport Tanjung Puteri Johor.

Tempat beliau di Import Tanjung Puteri digantikan oleh Santokh Singh a/l Surat Singh dari Bahagian Eksport yang juga Penolong kanan Pengarah Kastam 1, katanya.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels