Bernama.com
Am 19 April, 2010 00:30 AM
 
Sultan Johor Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Perak


KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar mendahului senarai 919 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-82 keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, pada Isnin.

Sultan Ibrahim Ismail menerima darjah kebesaran Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) manakala Raja Kecil Tengah Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman menerima Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlanii II (DKA II).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dianugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Teramat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi pula menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Empat penerima Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri. Mereka ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Datuk Mohd Amin Shukeri Ali Akbar dan seorang dermawan dari Jepun yang aktif dalam sukan hoki, Muneyoshi Ueda .

Seramai tiga orang dianugerah Darjah Datuk Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima iaitu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Panglima Medan Tentera Darat Datuk Wira Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran yang kesemuanya membawa gelaran Datuk kepada 58 penerima.

Tujuh penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah Ketua Pengarah MIDA Datuk Jalilah Baba; Exco kerajaan negeri Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Puteh Rukiah Abdul Majid; Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Exco kerajaan negeri Perak Zainol Fadzi Paharuddin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia ke Bosnia Herzegovina Zulkifli Adnan dan bekas Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.

Seramai 48 orang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Mereka ialah Orang Besar Jajahan Manjung Abdul Wahab Azizul Hasan; Bendahari Kehormat Persatuan Darul Ridzuan Selangor dan Wilayah Persekutuan Abdul Wahab Jaafar Sidek; Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara Kampus Seri Iskandar Prof Dr Abdullah Mohamad Said; Ahmad Faizal Abdul Rahman; Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Che Zolkples Embong.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong; bekas pemain bola sepak negara yang juga bekas jurulatih pasukan Perak M.Karathu ; Presiden Lumut International Yatch Club Loi Kong Yaw; pensyarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM) Prof Dr Mohammad Raduan Mohd Ariff; Pengurus Besar Kanan Bahagian Hubungan Korporat dan Undang-undang Petronas Mohamed Azhar Osman Khairuddin; Pengurus Besar TNB Perak Mohd Zahir Md Nagor; Pengarah Longman Asia Neil Joseph Ryan; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak Nik Mohammad Shah Nik Mustafa; Prof Dr Patrick Tan Seow Koon dari Fakulti Perubatan UM; Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks Jabatan Kerja Raya Ir Salehuddin Mohd Isa.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Samsiah Abu Bakar; Pengarah Eksekutif CIMB Bank Sulaiman Mohd Tahir;

Brother Visitor La Salle Schools Vincent J.Corkery; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land Holdings Berhad Wan Abdullah Wan Ibrahim; Pengarah Eksekutif Dwitasik Sdn Bhd Wan Mohd Yaacob Wan Salaidin; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Zainul Arifin Mohammed Isa; Pegawai Daerah Perak Tengah Hasim Hasan; Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam Basaruddin Sadali dan Pengerusi GPB Corporation Sdn Bhd Syed Abu Hussin Hafiz; Asir Victor a/l Asirvatham.

Prof Dr Burhanuddin Yeop Majlis; Chan Voon Kow; David Tan Sek Yin; Fumio Ogura dari Jepun; Ismail Hasbolah; Kamal Ariffin Zaharin; Koh King Ong; Mohamed Razali Mohd Halib@Khalid; Mohammad Tayyab Ikram; Muhtar Sabino; Nik Mohd Kamil Nik Daud; Richard Edwin Wroth Small; Dr Sharifuddin Abdul Wahab; Abdul Manaf Hashim; Ahmad Zambri Shamsuddin; Dr Ong Keh Ong; Goh Kok Fong; Bhopalan a/l D Muthu; Ahmad Farouk Faizi Abdul Karim; Lau Bak Choon; Md Rais Hussin A. Mohamed Arif dan Leong Siew Loong.

Tiga penerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) iaitu Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Laksamana Pertama Mohamad Roslan Mohamad Ramli; Panglima Angkatan Kapal Selam Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Mohammad Rosland Omar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC II Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Sementara itu, 13 individu menerima tauliah Jaksa Pendamai (JP), antaranya Orang Besar Jajahan Kampar Datuk Zubairi Tajuddin; Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia Datuk G. Amarjit Singh Gill; Ketua Umno Bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan bekas Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Datuk Ishak Mohamed.

Sultan Perak turut berkenaan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 13 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 64 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 27 penerima dan 218 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Seramai 255 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 253 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan tujuh penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Sesi pertama istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran itu akan berlangsung di Istana Iskandariah di sini Isnin.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels