Bernama.com
Am 24 November, 2009 12:51 PM
 
Agong Sampai Anugerah Kepada 243 Penerima Darjah Kebesaran


KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada 243 penerima di Istana Negara sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 6 Jun.

Mengetuai senarai ialah mendiang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vincent Ng Kim Khoay yang diwakili isterinya Datin Swee Cheng menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Sementara itu enam orang menerima pingat Johan Mangku Negara (JMN) iaitu Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Musa Omar, Anggota Dewan Negara Melaka Senator Lee Cheam Choon, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Sabah Dr Othman Minudin.

Tiga orang lagi ialah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Mampu Jabatan Perdana Menteri Dr Nor Aliah Mod Zahri dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Hasnah Mohammed Hashim.

Sementara itu 11 orang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), 41 orang menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), 80 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN) dan 104 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN).

-- BERNAMA


Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels