Bernama.com
Am 07 November, 2009 10:59 AM
 
Kembara Warisan Ke Bandar Melaka


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Lebih 200 orang termasuk petugas media dan penjawat awam Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyertai acara mencari harta karun Kembara Warisan dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka anjuran Jabatan Warisan Negara pada Sabtu.

Pesuruhjaya Warisan Datin Paduka Prof Emeritus Zuraina Majid berkata program itu merupakan yang pertama dianjurkan jabatan itu bertujuan mengeratkan hubungan dan mendedahkan kepada media peranan dan tanggungjawab Jabatan Warisan Negara.

"Saya harap dengan adanya program ini pihak media akan lebih berminat pada warisan dan dengan itu lebih banyak lagi penyebaran berkenaan warisan di media massa, di mana tujuan kita adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat umum.

"Warisan bukan sahaja melibatkan bangunan-bangunan atau monumen-monumen tetapi warisan lebih luas daripada itu, warisan kita termasuklah warisan semula jadi dan budaya," kata Zuraina.

Beliau berkata Melaka dipilih kerana ia merupakan satu bandar warisan dunia.

Acara kembara yang dilepaskan di Komples Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay disertai oleh 55 buah kenderaan dan seramai 203 orang.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels