Bernama.com
Am 06 November, 2009 22:49 PM
 
Persimpangan Jalan Tun Razak Ke Jalan U-thant Ditutup Sehingga 4 Dis


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Persimpangan Jalan Tun Razak ke Jalan U-Thant berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini ditutup mulai hari Jumaat sehingga 4 Dis bagi kerja-kerja pemasangan paip tebatan banjir di situ.

Pengguna jalan raya dari Jalan Tun Razak ke Jalan U-Thant dinasihati mengikut jalan alternatif dengan menggunakan Jalan Langgak Golf atau Jalan Ampang untuk ke Jalan U-Thant.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini, menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan ketika melalui kawasan berkenaan.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels