Bernama.com
Am 06 November, 2009 19:14 PM
 
Hujan Lebat Di Kelantan Dan Terengganu Ditingkatkan Kepada Amaran Merah


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Amaran hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sejak beberapa hari lepas telah ditingkatkan kepada amaran "peringkat merah" pada pukul 4 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Baharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu adalah Besut.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60km sejam disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Keadaan itu dijangka menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah di tebing-tebing sungai, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels