| Hanya Empat Kawasan Catat Udara Sederhana, Kawasan Lain Baik |
|
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga 11 pagi Jumaat adalah baik kecuali empat kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Tiga dari empat kawasan itu - Pasir Gudang, Johor; Bukit Rambai, Melaka; dan Balok Baru, Kuantan; masing-masing mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 51; manakala Sibu, Sarawak 52.
Sementara itu, sebanyak 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik antaranya Alor Setar, Kedah (16); Tanah Merah, Kelantan (23); Jerantut, Pahang (16); Bandaraya Melaka, Melaka (16); Limbang, Sarawak (16); dan Kuala Terengganu, Terengganu (19).
Selain itu, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang dan Petaling Jaya di Selangor turut merekodkan bacaan IPU baik dengan masing-masing mencatat 38, 40 dan 27.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA
|
|
|