Bernama.com
Am 06 November, 2009 16:14 PM
 
Sekolah Dapat Buku Daripada Scholastic Malaysia


PETALING JAYA, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 200 sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran menerima 44,200 buku tahun ini daripada syarikat penerbit buku Scholastic Malaysia di bawah program 'Read2009: Satu Negara Membaca Bersama'.

Objektif program itu ialah untuk memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak, kata Naib Presiden Kanan Scholastic Asia, Maggie Tan.

Program itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pengurusan Sekolah Harian) Abdullah Md Yunus semalam yang mewakili Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels