| Lawatan Yang Tepat Dilakukan Presiden China Ke Malaysia |
|
Oleh Jamaluddin Muhammad
PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Lawatan Presiden Hu Jintao dari China ke Malaysia minggu depan akan menandakan satu langkah utama ke arah hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Pada hakikatnya lawatan Presiden China itu ke Malaysia sudah pasti menghantar satu mesej kuat kepada dunia bahawa kedua-dua negara ini mestilah mempunyai hubungan yang sangat istimewa, menyebabkan Presiden itu sendiri melakukan lawatan.
Lawatan itu akan menunjukkan bahawa hubungan dua hala antara kedua-dua negara bukan bergantung pada hubungan nostalgik dan sejarah sahaja, tetapi ia akan berdasarkan kepada realiti sekarang dan kepentingan kedua-dua negara.
Profesor Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohamed Mustaffa berkata bagi Malaysia, hubungannya dengan China tiba pada masanya kerana ia perlu meningkatkan hubungan dagangannya dengan China untuk mengatasi kelembapan ekonomi yang dialami.
"Bagi Malaysia juga, lawatan itu akan mengesahkan lagi komitmennya dengan China dalam erti kata bahawa Malaysia ke arah yang betul dalam membuat langkah pertama pada tahun 1974 dengan lawatan sulung bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke China, yang mewujudkan hubungan dua hala tersebut," kata beliau.
Beliau berkata hubungan itu telah menunjukkan perkembangan dan kematangan bagi kedua-dua aspek politik dan hal ehwal antarabangsa serta dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Bagi China, katanya, Malaysia adalah sahabat yang akan diingati dan dihargai kerana berani mengadakan dasar luarnya secara persendirian jauh daripada contoh yang terlalu pro-barat yang pernah diadakan sebelum era Abdul Razak, ketika China sedang mencari rakan.
Hubungan itu diwujudkan pada kemuncak Perang Dingin, perang saraf ideologi antara demokrasi dan blok komunis pada tahun 1970-an, dan Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara menghulurkan tangan persahabatan dengan China.
Pada hakikatnya, hubungan itu bermula 600 tahun lepas semasa Dinasti Ming apabila Laksamana Cheng Ho berdagang dengan Malaysia (ketika itu Tanah Malayu) terutamanya dengan Melaka.
Hu akan melakukan lawatan ke Malaysia selama dua hari pada mulai Selasa depan untuk membalas lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada tahun 2005 dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menghadiri perasmian rasmi Sukan Olimpik di Beijing pada Ogos tahun lepas.
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China Jun lepas setelah mengambil alih tampok kepimpinan negara April lalu dan pada hakikatnya China merupakan negara bukan Asean pertama yang beliau lawati, menunjukkan strategik penting Beijing dalam dasar luarnya.
Bagaimanapun, Najib telah menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengikuti jejak langkah ayah beliau, tetapi mahu untuk mengadakan hubungan dua hala yang lebih jauh dengan China kerana telah melakukan banyak perkembangan sejak tiga dekad lepas.
Dagangan dua hala antara Malaysia dan China mencapai RM130.09 bilion pada tahun 2008 berbanding kurang RM100 juta, 35 tahun lepas apabila hubungan dua hala diwujudkan.
Jumlah keseluruhan dagangan Malaysia dalam enam bulan pertama tahun ini ialah RM54.23 bilion dengan eksport dan import masing-masing sebanyak RM27.64 bilion dan RM26.58 bilion.
Dalam lawatan Najib ke China itu, beliau ingin memperluaskan asas jurang dagangan kini antara Malaysia dan China kerana hampir 67 peratus eksport Malaysia ke China meliputi produk elektrik dan elektronik serta komidi, terutamanya minyak sawit.
Begitu juga, 65 peratus import Malaysia dari China meliputi produk elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan.
Selain pembuatan, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara hendaklah menguasai satu sama lain kekuatan dalam pembinaan, kejuruteraan dan sektor perkhidmatan lain.
Kedua-dua negara pasti ada lebih banyak ruang untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan dua hala mereka memandangkan saiz pasaran China dengan penduduk 1.3 bilion dan Malaysia 27 juta orang.
Malahan, tarif mengenai hampir semua barangan yang didagangkan antara Malaysia dan China akan dihapuskan pada tahun depan berikutan Perjanjian Pelaburan Asean-China yang ditandatangani di Thailand bulan lepas.
Pengiktirafan China sebagai kuasa besar ekonomi yang baru akan juga menyumbang dalam meningkatkan hubungan dua hala kerana China mungkin satu-satunya negara di dunia yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif untuk separuh pertama tahun ini walaupun kelembapan ekonomi dunia.
Statistik Biro Nasional China menganggarkan produk Keluaran Dalam Negara Kasar akan meningkat 7.1 peratus kepada 13.986 trilion yuan pada separuh pertama tahun ini setelah disuntik dengan empat trillon yuan pakej ekonomi rangsangan untuk meningkatkan ekonomi dan permintaan domestiknya.
Prof Mohamed berkata lawatan Hu akan juga menyumbang dalam mengukuhkan kestabilan politik domestik.
"Sebarang langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan China adalah baik untuk kestabilan politik dalaman dan mewujudkan persekitaran baik di negara ini terutamanya di kalangan komuniti China di Malaysia, yang agak kritikal kepada kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya umum 2008," kata beliau.
Beliau berkata lawatan ini akan juga meningkatkan hubungan multilateral antara Asean dengan China dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar hampir AS$6 trilion dan pasaran bagi 1.9 bilion orang.
"Lawatan Presiden Hu adalah tepat pada masanya kerana kedua-dua negara masih lagi meraikan ulang tahun hubungan dua halanya ke-25 tahun.
"Lawatan ini akan membawa makna, kesan dan kemakmuran yang besar untuk kedua-dua negara," kata Tan Sri Michael Chen.
Chen ialah bekas menteri yang menjadi salah seorang anggota delegasi Allahyarham Abdul Razak ke China pada tahun 1974 dan rombongan Najib Jun lepas.
"Saya telah mengikuti ayah beliau dan saya telah mengikuti anaknya dan saya lihat banyak kemajuan dalam masa 35 tahun lepas," kata beliau.
-- BERNAMA
|
|
|