Bernama.com
Am 01 Oktober, 2009 14:09 PM
 
Bintulu Dan Samarahan Catat Bacaan Ipu Tidak Sihat


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bintulu dan Samarahan di Sarawak mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat sehingga pukul 11 pagi Khamis, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan dalam laman web JAS hari ini menunjukkan IPU di Bintulu ialah 105 manakala Samarahan 101.

Sementara itu, sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik antaranya di Putrajaya (21), Shah Alam, Selangor (24), Petaling Jaya, Selangor (26), Alor Setar, Kedah (25), Jerantut, Pahang (26) dan Kangar, Perlis (27).

Sebanyak 12 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu di Kota Tinggi (57), Larkin Lama (55), Muar (51) dan Pasir Gudang (65) di Johor, Balok Baru, Kuantan, Pahang (52), Kapit (66), Kuching (96), Miri (94), Sarikei (86), Sibu (90) dan Sri Aman (87) di Sarawak serta Labuan (65).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels